NASRUDDIN BIN HJ LEMAN Print
Written by Administrator   
Monday, 14 January 2013 09:39

Memulakan kerjaya sebagai mekanik gred khas di bahagian bengkil kenderaan membaiki kenderaan  injin petrol dan injin diesel, di Polis Diraja Malaysia pada tahun 1986 sehingga tahun 2001. Ketika berkhidmat di dalam Polis Diraja Malaysia, beliau banyak melibatkan diri dalam – dalam kursus permotoran seperti Kursus memandu kenderaan ringan di Pusat Latihan Polis Jalan Gurney, kursus memandu kenderaan berat di Pusat Latihan Polis Hutan Cheras, kursus motosikal berat di Pusat Latihan Polis Ulu Kinta, dan kursus memandu 4 x 4 Endau Rompin di Endau Rompin Pahang.  Dengan pengalaman yang ada Nasruddin membuka perniagaan sendiri di dalam industri pemotoran iaitu membuka syarikat Nasman Auto Service.

Memiliki sijil – sijil khas daripada Negri Agro Industrial Training Complex Negeri Sembilan, ( lembaga Latihan perindustrian dan Ketukangan Kebangsaan ) – ( llppkk) di dalam jurusan mekanik kenderaan motor. Selain itu, beliau juga mengikuti latihan mekanikal kenderaan motor di Majlis Latihan Vokasional Malaysia pada tahun 1992.

Antara pengalaman beliau ialah :

• Institut Penyelidikan Perubatan
•TNB ILSAS
• Kementerian Pelancongan Malaysia
• Kementerian Belia & Sukan
• Kementerian Wilayah Persekutuan Dan Kesejahteraan Bandar
• Jabatan Peguam Negara
•Kementerian Penerangan Komunikasi & Kebudayaan (KPKK)
•Universiti Islam Antarabangsa
•Bahagian Teknologi Pendidikan KPM
•Institut Penilaian Negara

Dan lain – lain lagi.

Last Updated on Monday, 14 January 2013 09:41